Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri yang akan memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Berikut adalah 8 Peta Pemikiran yang dimaksudkan;
1. Peta Bulatan - Mendefinisikan mengikut konteks
2. Peta Buih - Menerangkan kualiti
3. Peta Buih Berganda - Membanding beza
4. Peta Pokok - Membuat pengelasan
5. Peta Alir - Urutan
6. Peta Pelbagai Alir - Sebab dan kesan
7. Peta Titi - Analogi
8. Peta Dakap - Hubungan bahagian-seluruh
Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran
 |
8 Peta Pemikiran |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan