Khamis, 13 November 2014

Lagu i-THINK


Lagu i-THINK bagi memudahkan mengingati 8 peta pemikiran dalam i-THINK

Lirik Lagu i-THINK

Let's learn i-THINK,
An Innovative thinking,
Using.... 8 maps
Learning becomes fun and easy

I am Circle Map
I am Bubble Map
and I am Double Bubble Map
My name is Tree Map
My name is Brace Map
and My name is Flow map

Let's learn i-THINK,
An Innovative thinking,
Using.... 8 maps
Learning becomes fun and easy
I Multi Flow Map
and I am Bridge Map

We are the 8 Maps
in i-THINK
I Multi Flow Map
and I am Bridge Map
We are the 8 Maps
in i-THINK
We are the 8 Maps in i-THINK

Penyanyi: Pelajar-Pelajar SMK Tun Perak
Lagu: En Zainal Abidin Bin Ali
Lirik: Pn Rohaida Binti Mohammed Dawam

Khamis, 23 Oktober 2014

8 Peta Pemikiran Dalam i-THINK

Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri yang akan memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Berikut adalah 8 Peta Pemikiran yang dimaksudkan;

1. Peta Bulatan - Mendefinisikan mengikut konteks



2. Peta Buih - Menerangkan kualiti



3. Peta Buih Berganda - Membanding beza



4. Peta Pokok - Membuat pengelasan



5. Peta Alir - Urutan



6. Peta Pelbagai Alir - Sebab dan kesan



7. Peta Titi - Analogi



8. Peta Dakap - Hubungan bahagian-seluruh




Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran

8 Peta Pemikiran 


6 Titik Permulaan Melahirkan Murid Abad Ke-21


Sasaran projek di seluruh negara adalah untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia Sekolah Berfikir Aras Tinggi (Sekolah Pemikiran). Ini adalah satu projek yang besar! Dan ia akan mengambil masa.
Terdapat 6 titik permulaan dalam membangunkan budaya berfikir di sekolah iaitu;
  • Penyoalan reflektif
  • Kemahiran berfikir
  • Peta Visual
  • Rangkaian kolaborasi
  • Membangunkan kecenderungan peribadi
  • Membentuk persekitaran


Enam titik permulaan perlu dipertimbangkan apabila memulakan program i-THINK di sekolah. Penekanan telah diberi kepada pemetaan visual tetapi kesemua peta pemikiran mengukuhkan kesemua titik permulaan.

Penyoalan Reflektif 
Penyoalan merupakan satu alat yang dapat membantu menggalakkan murid berfikir. Penyoalan dapat mencungkil pemikiran pelajar tentang apa yang mereka tahu,bagaimana mereka tahu (refleksi kritikal), dan berfikir tentang apa yang mereka fikir (metacognition). Di samping itu, melalui penyoalan  guru dapat mencungkil kecenderungan pelajar dalam pemikiran dan bagaimana pelajar berkolaborasi dengan pelajar lain semasa proses pembelajaran.

Kemahiran Berfikir 
Kemahiran berfikir merupakan perlakuan proses pemikiran asas untuk menjana dan menyusun maklumat, membina kemahiran menganalisa dan mensintesis, memproses maklumat secara kreatif serta melakukan penilaian. Guru perlu menyemai dan membentuk suatu ruang julat dalam pemikiran pelajar melalui:
                   - Kemahiran berfikir aras rendah
                   - Kemahiran berfikir aras tinggi

Pemetaan Visual
Teknik untuk menggambarkan maklumat secara visual melalui brainstorming webs,  penyusunan grafik dan pemetaan secara bersistem.

Rangkaian Kolaboratif
Rangkaian kolaboratif merupakan kerjasama dalam kumpulan, kelas atau sekolah bagi berkongsi pengetahuan atau kemahiran untuk memantapkan pembelajaran. Rangkaian ini boleh dihubungkan melalui teknologi baru untuk menggalakkan murid mempelajari sesuatu secara lebih meluas. Rangkaian kolaboratif boleh dilaksanakan di dalam pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran secara kooperatif. Menurut Slavin (1990), semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri.Selain daripada idea bekerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan.

Membentuk Persekitaran
Persekitaran pembelajaran yang kondusif mempunyai kesan yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan sekolah dan kawasan persekitaran, susunan murid di dalam bilik darjah, aksesibiliti bahan untuk pembelajaran dan penggunaan semua sumber yang ada dalam kawasan sekolah dan komuniti merupakan dimensi untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif

Membangunkan Kecenderungan Peribadi
Kecenderungan peribadi adalah berkaitan dengan penggunaan pelbagai kemahiran  berfikir yang boleh membawa kepada ketekalan, minda yang terbuka dan metakognitif di samping penggunaan pelbagai kecerdasan emosi dan  membentuk empati dalam perhubungan.

Titik-titik permulaan ini memberi panduan untuk membentuk murid abad ke-21 dan mewujudkan budaya berfikir di sekolah.


Sekolah Pemikiran


Sekolah pemikiran merupakan komuniti pendidikan di mana semua ahlinya memberi lebih tumpuan dan perhatian ke atas semua aspek kerja dan pengajaran.

Semua orang semua orang masuk murid guru pihak pengurusan fikir tentang apa yang mereka pelajari berfikir secara inovatif dan menggunakan kemahiran dan teknik berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah pemikiran merupakan komuniti pendidikan di mana semua ahlinya persefahaman dalam berkongsi visi yang sama mengenai jenis pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti kepada semua murid dan bekerjasama dalam menjadikan visi ini suatu realiti.

Komuniti sekolah pemikiran yang berjaya sentiasa bertekad untuk memastikan perkembangan muridnya dalam menunjukkan kemahiran belajar berdikari dan bekerjasama dengan menggunakan pelbagai alat dan strategi berfikir.



Murid Abad ke-21

Abad ke-21 telah membawa kemajuan yang dramatik dalam bidang teknologi, yang jelas meningkatkan akses kepada maklumat dan peluang-peluang pembelajaran.

Analisis yang telah dilakukan di U.K menunjukkan bahawa orang muda lepasan sekolah kini berkemungkinan mempunyai 6 kerjaya yang berbeza sepenjang kehidupan mereka.

Oleh itu kemahiran yang boleh dibawa brsama ke dalam kerjaya yang berbeza adalah penting untuk murid abad ke-21 dan kemahiran inilah yang menjadi fokus para guru dan sekolah.

Apakah ciri-ciri murid abad ke-21?

• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi




Isnin, 20 Oktober 2014

Apakah Program i-THINK?


Program i-THINK merupakan

  • Program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
  • i-THINK membawa maksud innovative THINKing  (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir



Program i-THINK bertujuan
  • Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif 
  • Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing


Kenapa perlunya Program i-THINK?
  • Dapatan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA menunjukan murid Malaysia di tahap yang rendah. 
  • Murid berpengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka 
  • Dapatan UNESCO (2011) menunjukkan guru mengajar untuk peperiksaan
  • Dapatan kajian keperluan (2011) menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Bagaimana i-THINK dilaksanakan?
  • Memperkenalkan alat berfikir kepada guru dan murid.
  • Semua guru akan menggunakan alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar.
  • Murid akan menggunakan dalam pembelajaran.
  • Penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam pdp menjadi amalan.
  • Mengadakan portal bahan interaktif p&p yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir.


Sabtu, 18 Oktober 2014

Pengenalan i-THINK

Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Bermula dari Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan 6 ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing di peringkat global. Antara 6 ciri tersebut adalah kemahiran berfikir.



Dalam usaha untuk ;

  • Memupuk kemahiran berfikir; 
  • Menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; 
  • Mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah;
  • Mengekalkan daya saing di peringkat dunia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK bagi menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Projek i-THINK ini akan membantu pihak sekolah melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.